Sunday, November 21, 2010

Pengetahuan Asas: Loan Rumah - Part 1

Ni aku nak kongsikan beberapa benda asas tentang loan rumah untuk newbies yang baru first time nak beli rumah. Harapnya korang dapat general overview dan kurang kena kencing oleh pihak bank/agent. Ni adalah berdasarkan pengalaman aku. Bila kira first time deal dengan orang bank, semua dia tabur yang bagus-bagus saja. Maka hati korang pun berbunga-bunga sebab kononnya korang dapat deal paling best di alam maya ini. Tapi bila next time call, diorang mula release info yang tak berapa sedap korang nak dengar.

"Ooo ini memang macam ini encik... sebab tu bla bla bla <insert any bulls#it here>"

So sebelum korang kene kencing macam aku, better to get familiarized dengan benda-benda asas ni dulu.

1. Konvensional atau Islamic
Semak sama ada pakej loan yang ditawarkan adalah loan konvensional atau islamic. Biasanya satu bank akan offer dua-dua. Kecuali bank yang asalnya memang Islamic (macam Bank Islam, Al-Rajhi dll.) Dan biasanya jugak tak banyak beza dari segi polisi.

Kes aku: Loan Islamic

2. Jenis interest
Kenal pasti jenis interest yang akan dikenakan pada anda. Single-tier, multi-tier, atau fixed rate.
Single-tier - kadar interest adalah sama sepanjang tempoh pinjaman tetapi bergantung kepada BLR/BFR.
Multi-tier - kadar interest berubah-ubah (biasanya semakin bertambah) sepanjang tempoh pinjaman tetapi bergantung kepada BLR/BFR.
Fixed-rate - kadar interest adalah tetap sepanjang tahun dan tidak dipengaruhi oleh BLR/BFR.

BLR (base lending rate) atau BFR (base financing rate) adalah kadar interest yang ditetapkan oleh BNM. Term BLR digunakan untuk loan konvensional dan BFR digunakan untuk loan islamic. 

Kes aku: Single-tier

3. Kadar interest
Target kita adalah untuk dapat interest paling rendah di pasaran (tapi kena tengok faktor-faktor lain juga). Semak berapa percent yang bank offer. Standard rate sekarang adalah BFR-2.2%. Ada juga yang offer BFR-2.1%. Dan BFR-2.2% tak semestinya lebih rendah dari BFR-2.1%. Check juga nilai BFR yang bank offer.

Kes aku: BFR-2.2%, BFR=6.6% <-- kena kencing sebab time mula-mula dia tak inform mengenai ini dan buat sample calculation guna BFR=6.3%. BNM punya rate 6.3%. Aku pun tak sure kenapa dia bagi 6.6%. Maybe untuk international bank kot.

4. Tenure period
Tenure period adalah tempoh pinjaman anda. Makin lama tenure period, makin rendah installment anda, tapi makin banyak anda bayar kepada bank. Ini rules of thumb semua orang pun tahu. Ada bank offer 30, 35, 40 dan paling lama aku dengar 45 tahun. Tapi check betul-betul. Sebab tenure period ni pon dia pecah kepada dua pulak.

Kes aku: Dia offer 40 tahun. So aku dengan suka hati kira berapa ringgit installment aku. Last-last dapat tahu sebenarnya tenure period adalah 37+3 tahun. 37 tahun untuk tenure dan 3 tahun untuk GPP. So bila kira balik installment dah naik lebih kurang RM100. So kena kencing jugak.

Nota: GPP = General Progress Payment. Basically korang bayar interest kepada bank ketika rumah sedang dalam pembinaan. Pemaju akan claim sebahagian wang dari bank mengikut progress pembinaan. Part yang pemaju claim tu korang kena la bayar interest dia.

5. MOF - Margin of Finance
MOF ni adalah coverage loan dari harga rumah. Dalam bajet 2011, rumah pertama dan kedua MOF = 90% dan rumah ketiga dan seterusnya MOF = 70%. Kalau rumah RM100k, loan akan cover RM90k (=90%). RM10k lagi korang kena bayar as deposit. Kadang-kadang ada pemaju yang bagi diskaun 10% so deposit korang tak payah bayar.

Kes aku: MOF = 90%. Deposit kena korek celah lain.

nanti aku sambung lagi sebab dah ngantuk.

Wednesday, November 17, 2010

Macam Macam Cara

Dalam blog ni, aku cuba kongsikan cara yang aku guna untuk mencapai financial freedom. Mungkin tak semua boleh pakai sebab aku bukan seorang yang pakar tapi kalau ada info yang salah sama-samalah betulkan. Aku pun nak belajar dari korang juga.

Aku dah mula terjebak dalam dunia buat duit ni dari zaman kolej lagi. Time tu program auto-surf dan HYIP tengah hot.Yelah time tu otak masih belum mumayyiz dan asyik fikir nak duit cepat saja tanpa fikir risiko. Yang paling aku ingat adalah 12DailyPro dan ProfitSwinger. Lepas bankrupt zaman tu berakhir aku cuba pulak main forex (tapi tak pernah guna real money pun), unit trust, dan baru-baru ni aku cuba segment property.

Untuk kita mula dalam dunia buat duit ni, apa yang penting adalah untuk kita cari dan guna cara yang sesuai dengan diri sendiri. Tapi jangan pilih yang illegal pulak. Kat bawah ni aku listkan beberapa cara untuk buat duit:

1. Unit Trust
Aku agak ini adalah cara paling famous sekarang. Dan biasanya unit trust di Malaysia ni sinonim dengan nama Public Mutual. Potensi keuntungan dalam purata 15% setahun. Sesuai untuk long term investment dan medium risk. Biasanya orang buat lump sum atau topup bulan-bulan.

2. ASB
Ramai orang tak tahu yang ASB juga merupakan sejenis unit trust. Apa yang istimewa dengan ASB ni adalah harganya tidak berubah dan dibackup oleh kerajaan kalau berlaku apa-apa. Loan ASB dan ASB-OD adalah cara paling famous untuk memaksimumkan pulangan dari ASB.

3. Forex
Forex adalah satu lagi platform untuk buat duit. Tapi cara ni boleh kira partly-legal :). Pelabur forex boleh tahan banyak juga di Malaysia. Especially broker sekarang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Ada yang offer bonus itu dan ini siap dengan kereta sport.

4. Stock/IPO
Biasanya serious trader akan guna cara ni untuk buat duit. Sekarang pun banyak bank yang menyediakan online platform untuk jual beli stock. So tak perlu call beli beli jual jual macam yang kita tengok dalam Kisah Benar.

5. Hartanah
Untuk orang yang ada modal besar, hartanah juga merupakan satu peluang menarik untuk buat duit. dalam hartanah ni boleh pecah lagi kepada beberapa jenis. Ada yang buat rumah lelong. Beli murah lepas tu jual balik. Ada yang buat sewa. Cuma tunggu makan duit sewa bulan-bulan. Ada yang beli time launch dan jual bila siap (konsep lebih kurang sama dengan rumah lelong).

6. Ebay/Online Marketing/Viral Marketing
Yang ni aku tak berapa ambil port sangat. Tapi aku dengar ramai juga yang berjaya buat duit juta-juta. Yang buat bisnes ebay itu ok. Yang lain-lain tu aku tak berani nak komen. Sebab kadang-kadang aku tengok diorang dapat duit hasil jual e-book teknik diorang saja. So aku tak minat sangat.

7. Facebook
Melalui Facebook pun boleh buat duit juga. Biasanya orang jual tudung, baju, shawl dan lain-lain barang yang biasa orang perempuan pakai sebab golongan ini lagi senang nak attack berbanding golongan yang ada tentacle. Tak kisahlah anda jual apa asalkan benda tu bisnes. Jangan pula buat bisnes login facebook dapat penyepak duit.

Ok aku rasa itu saja kot. Nanti kalau aku ingat aku tambah lagi. Kalau korang ada idea atau pernah buat bisnes lain yang menguntungkan silalah share kat sini.