Wednesday, November 17, 2010

Macam Macam Cara

Dalam blog ni, aku cuba kongsikan cara yang aku guna untuk mencapai financial freedom. Mungkin tak semua boleh pakai sebab aku bukan seorang yang pakar tapi kalau ada info yang salah sama-samalah betulkan. Aku pun nak belajar dari korang juga.

Aku dah mula terjebak dalam dunia buat duit ni dari zaman kolej lagi. Time tu program auto-surf dan HYIP tengah hot.Yelah time tu otak masih belum mumayyiz dan asyik fikir nak duit cepat saja tanpa fikir risiko. Yang paling aku ingat adalah 12DailyPro dan ProfitSwinger. Lepas bankrupt zaman tu berakhir aku cuba pulak main forex (tapi tak pernah guna real money pun), unit trust, dan baru-baru ni aku cuba segment property.

Untuk kita mula dalam dunia buat duit ni, apa yang penting adalah untuk kita cari dan guna cara yang sesuai dengan diri sendiri. Tapi jangan pilih yang illegal pulak. Kat bawah ni aku listkan beberapa cara untuk buat duit:

1. Unit Trust
Aku agak ini adalah cara paling famous sekarang. Dan biasanya unit trust di Malaysia ni sinonim dengan nama Public Mutual. Potensi keuntungan dalam purata 15% setahun. Sesuai untuk long term investment dan medium risk. Biasanya orang buat lump sum atau topup bulan-bulan.

2. ASB
Ramai orang tak tahu yang ASB juga merupakan sejenis unit trust. Apa yang istimewa dengan ASB ni adalah harganya tidak berubah dan dibackup oleh kerajaan kalau berlaku apa-apa. Loan ASB dan ASB-OD adalah cara paling famous untuk memaksimumkan pulangan dari ASB.

3. Forex
Forex adalah satu lagi platform untuk buat duit. Tapi cara ni boleh kira partly-legal :). Pelabur forex boleh tahan banyak juga di Malaysia. Especially broker sekarang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Ada yang offer bonus itu dan ini siap dengan kereta sport.

4. Stock/IPO
Biasanya serious trader akan guna cara ni untuk buat duit. Sekarang pun banyak bank yang menyediakan online platform untuk jual beli stock. So tak perlu call beli beli jual jual macam yang kita tengok dalam Kisah Benar.

5. Hartanah
Untuk orang yang ada modal besar, hartanah juga merupakan satu peluang menarik untuk buat duit. dalam hartanah ni boleh pecah lagi kepada beberapa jenis. Ada yang buat rumah lelong. Beli murah lepas tu jual balik. Ada yang buat sewa. Cuma tunggu makan duit sewa bulan-bulan. Ada yang beli time launch dan jual bila siap (konsep lebih kurang sama dengan rumah lelong).

6. Ebay/Online Marketing/Viral Marketing
Yang ni aku tak berapa ambil port sangat. Tapi aku dengar ramai juga yang berjaya buat duit juta-juta. Yang buat bisnes ebay itu ok. Yang lain-lain tu aku tak berani nak komen. Sebab kadang-kadang aku tengok diorang dapat duit hasil jual e-book teknik diorang saja. So aku tak minat sangat.

7. Facebook
Melalui Facebook pun boleh buat duit juga. Biasanya orang jual tudung, baju, shawl dan lain-lain barang yang biasa orang perempuan pakai sebab golongan ini lagi senang nak attack berbanding golongan yang ada tentacle. Tak kisahlah anda jual apa asalkan benda tu bisnes. Jangan pula buat bisnes login facebook dapat penyepak duit.

Ok aku rasa itu saja kot. Nanti kalau aku ingat aku tambah lagi. Kalau korang ada idea atau pernah buat bisnes lain yang menguntungkan silalah share kat sini.

No comments:

Post a Comment