Wednesday, November 23, 2016

KWSP Simpanan Shariah

Dah 6 tahun aku tinggal blog ni..tetiba hari ni terasa nak post entry pulak. Mungkin sbb time-time ekonomi tak cun macam ni kepala ligat cari idea so mcm byk menda yg boleh tulis dan share kat sini.

Since dah lama takde entry kita restart ngan topic ringan-ringan dulu la ye.

Ok siapa yg dah convert akaun KWSP ke akaun patuh shariah? Tahniah. Ini bermakna ada prihatin dengan duit anda sendiri yg anda nak pakai di hari tua nanti. Cuba bayangkan dah pencen nanti kita akan mula menziarah masjid tapi time berjemaah tu teringat-ingat duit yg kita pakai utk isi minyak kereta tadi adalah dari hasil simpanan yg tak patuh shariah. Agak-agak apa rasa masa tu?

Kalau dulu sebelum option akaun shariah ni ada boleh la pakai cara penyucian dengan membayar zakat. Tapi sekarang KWSP dah bagi option yang lebih bagus kepada umat Islam di Malaysia jadi dah takde alasan mudarat lagi dah.

Yang masih belum convert tu boleh la buat sekarang sebelum 23 Disember 2016 atau sementara dana RM100 billion (lebih kurang 38.5x jumlah derma) masih ada. Setakat 31 Oktober, dah 50% dari dana tadi sudah dilanggan oleh seramai 503,734 pencarum. (sumber web KWSP)

Berdasarkan statistik di atas, maksudnya purata simpanan KWSP seorang tak sampai pun RM100k. Ni average la. Mungkin ada yang dah cukup sejuta pon dan ada yang baru kerja jadi baru ada RM500. Tapi bagi saya, fakta ini amat menyedihkan. Anda rasa cukup tak RM100k untuk menampung hidup  selepas umur 55 tahun sampai mati letsay umur 75 tahun? (maksud tersirat: RM400 sebulan. Ini lagi sikit dari BR1M woi!!)

Tapi takpe. Yang pasal tu kita bincang in next posting (kalau tak 6 tahun lagi la haha) yang penting sekarang ni, saya menyeru kepada anda semua yang masih belum convert ke akaun patuh shariah, buatlah sekarang. Dah tak susah dah sekarang ni. Tak payah beratur sebelum subuh lagi. KWSP dah lengang jadi ada hanya lenggang saja ambik nombor dan sain borang.

Nak tau lebih detail pasal akaun shariah ni baca la kat website KWSP ni. Jadilah seorang individu yang bertanggungjawab dengan harta sendiri. Dengan duit ni nak beli nasik, bayar yuran anak, sedekah kat masjid dll.

No comments:

Post a Comment